BETTER IS ORDINARY, EXCELLENT IS OUR AIM

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat: 8.30am-5.00pm ; Sabtu: 8.30 am-1.00pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup

Interested??Please click..Thanks =)

Thursday, September 6, 2018

Pindah NCD atau Transfer NCD dari kereta lain

Pindahan syarikat insuran/takaful

Sebenarnya NCD kereta anda boleh dipindahkan daripada satu syarikat ke syarikat yang lain tanpa kurang. Misalnya, pada tahun ini anda mengambil insurans kereta dengan syarikat A dan NCD anda adalah 25%. Sekiranya pada tahun hadapan, anda telah bertukar syarikat insurans/takaful kepada syarikat B, maka NCD anda tadi boleh dipindahkan daripada syarikat A kepada syarikat B.

Pindahan ke kenderaan lain

Satu jenis pindahan lagi ialah pindahan daripada satu kereta kepada kereta yang lain tetapi syaratnya adalah bahawa pemilik kereta adalah sama. Misalnya anda mempunyai kereta kancil (NCD 55%). Selepas itu, anda membeli sebuah lagi kereta BMW baru (NCD 0%). Maka untuk menjimatkan kos insurans/takaful kereta BMW anda itu, anda boleh memindahkan NCD daripada kereta kancil tadi kepada kereta BMW anda. Tapi pastikan insurans kereta kancil sudah tidak di gunakan lagi. Sekiranya tempoh insurans masih aktif, maka insurans tersebut hendaklah di batalkan terlebih dahulu.

Sila Like Page Kilau bakti untuk info-info menarik dan juga promosi terkini
Share:

0 comments: