BETTER IS ORDINARY, EXCELLENT IS OUR AIM

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat: 8.30am-5.00pm ; Sabtu: 8.30 am-1.00pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup

Interested??Please click..Thanks =)

Tuesday, January 1, 2019

KENAPA BENGKEL KAMI PATUT MENJADI PILIHAN ANDA

--------STICKY POST. PLEASE SCROLL DOWN IF U WANT TO READ NEW POST. TQ---------

Assalamualaikum,

Masih tercari-cari bengkel untuk hantar kereta kesayangan anda?

Nak kan bengkel yang boleh di percayai?

Nak pastikan kenderaan anda di letakkan di tempat yang selamat?

Harga yang berpatutan

Pomen yang berkemahiran?

Nak kan keselesaan bila anda terpaksa menunggu semasa kenderaan anda dalam pembaikan?

Sinilah tempat yang anda cari!!!!

Ruang bengkel yang luas. Boleh memuatkan 1 biji bas dan 3 biji lori 3 tan pada satu masa.






Mempunyai tenaga pekerja yang mahir. 15 tahun pengalaman dalam industri automotif. Kami boleh baiki kenderaan petrol dan diesel


Ruang Menunggu untuk keselsaan anda.
Mempunyai peralatan yang mencukupi
Masih ragu-ragu?

Kami juga merupakan panel worksyop untuk TNB selama 9 tahun dengan rekod yang bersih


Dan juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang membolehkan kami membaiki kenderaan kerajaan.




Kami juga menerima credit card dan debit card

Whatsapp di no 016-2250982 atau 018-238 5100 untuk book for appointment =)
Share:

Friday, October 12, 2018

Tanda Bateri kereta dah nak kong!


Assalamualakum,

Baru-baru ni, saya ada menerima panggilan telefon bertanyakan berkenaan bateri. Orang luar yang tanya samada kami ni ada jual bateri . Dah tentu lah tak. Sebab kami bengkel jer, bukan kedai spare part. Lalu dia bertanyakan tentang nombor kedai spare part yang saya tahu.

Sambil saya tercari-cari nombor, sempat dia bertanya macam mana boleh bateri tak der, sedangkan tiada sebarang tanda amaran.

Kebetulan pulak bulan 3 sudah, bateri kereta saya pun dah kong. Tambahan pulak bila kita pakai bateri jenis maintenance free atau bateri kering. Memanglah kita tak tak tengok kondesi bateri tersebut ye dok?

Tapi benda yang saya dapat kenalpasti sebelum ajalnya bateri saya itu ialah bila saya nak pulas kunci untuk start enjin saya memerlukan lebih tenaga untuk memulas baru lah start enjin. Agak lama juga perkara tu berlaku lebih kurang sebulan.

Itu yang pertama.

Menurut Bosch Automotive Aftermarket Malaysia ada 4 lagi tanda bateri kita sudah rosak

credit to:
https://careta.my/article/lima-tanda-bateri-kereta-kita-sudah-rosak-bosch

Yang kedua,

Lampu amaran menyala
Apabila caj bateri menurun ke tahap kritikal kerana tidak mampu menyimpan caj, atau bateri tidak dicaj dengan baik, lampu amaran bateri akan naik di papan pemuka. Tetapi kereta saya lampu amaran bateri tidak menyala. Jangan confuse, sebab berdasarkan pengalaman kami di bengkel. Bila lampu amaran bateri menyala di dashboard, selalunya ada masalah dengan alternator tapi enjin masih berjalan. Enjin berjalan menggunakan kuasa bateri.

Yang Ketiga

Perlu bantu-mula (jump start)
Bila kereta anda perlukan bantu mula sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu, itu adalah tanda besar bahawa ajal sudah hampir sampai ke bateri anda.

Yang Keempat

Kotak bateri membengkak
Jika bateri terdedah kepada suhu yang sangat melampau, ia mungkin boleh membengkak.
Bukan, ia tidak bermaksud anda bakal dapat bateri bayi yang baharu tetapi ia menandakan bateri anda sudah rosak dan akan memendekkan jangka hayatnya.

Yang Kelima
Bau seperti telur busuk

bateri juga boleh menghasilkan bau busuk seperti telur busuk itu.
Apa yang terjadi ialah telah berlaku litar pintas pada bateri anda dan asid sulfurik mungkin sudah bocor dan melepaskan gas busuk itu. Ini sangat merbahaya kerana ia mampu merosakkan komponen lain di dalam kenderaan anda.
 
Selalunya jangka hayat bateri dalam 2 ke 3 tahun.

Share:

Thursday, October 11, 2018

Happy Customer, Happy Us!!

Assalamualaikum,

Sekarang ni minggu terakhir untuk para calon pulun kempen pilihanraya kecil di Port Dickson ni. Minggu ni banyak lagi tambahan bendera yang terpacak. Meriah pulak PD sekarang ni. Harap sesiapa yang menang tu teruskan perjuangan untuk orang-orang PD.

Jangan nanti terus krik krik krik...Jenguk muka pun setahun sekali. Lebih haru 5 tahun sekali...huhuhuuh

Bagi anak-anak perantau PD, baliklah untuk tunaikan tanggungjawab kepada negara..ecewahhhh

Pastikan kereta anda dalam keadaan tip top untuk perjalanan yang jauh. Jenguk-jenguk jugaklah road tax tu hidup lagi tak? Kalau dah nak expired mehlah whatsapp geran atau cover note kita tlg check kan tuk awak...hikhikhik

Whatsapp this number ok

016-2250982
016-2250982
016-2250982

Macam brother ni...Happy road tax dah renew


Share:

Thursday, September 27, 2018

Kerja Polish Light Bar

Assalamualaikum,

Pada asalnya, customer mahukan tukar light bar kepada light bar LED yang baru. Tapi bila di beritahu harga yang hampir mencecah ke RM10K, mungkin tidak dapat kelulusan dari pihak atasan. Jadi kami mencadangkan untuk polish kan balik dan spray dengan clear coat.

Ini Hasilnya
Amacam? Nampak macam baru kan?
Share:

Thursday, September 13, 2018

PUBLIC APPOLOGY

Assalamualaikum,

Masa cuti panjang dari 8 sept ke 11 sept, Admin menerima 3 panggilan telefon yang bertanyakan berkenaan bengkel admin kerana kenderaan mereka mengalami kerosakan.

Malangnya, kami tidak beroperasi pada hari ahad, isnin dan selasa. Dengan itu admin memohon maaf tidak dapat membantu mereka yang dalam kesulitan.

Walaubagaimanapun admin mengucapkan terima kasih kerana menghubungi admin walaupun terasa admin bagi jawapan yang agak mengecewakan.

Maaf kerana tidak dapat membantu.

Sekian.
Share: