BETTER IS ORDINARY, EXCELLENT IS OUR AIM

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat: 8.30am-5.00pm ; Sabtu: 8.30 am-1.00pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup

Interested??Please click..Thanks =)

Friday, October 12, 2018

Tanda Bateri kereta dah nak kong!


Assalamualakum,

Baru-baru ni, saya ada menerima panggilan telefon bertanyakan berkenaan bateri. Orang luar yang tanya samada kami ni ada jual bateri . Dah tentu lah tak. Sebab kami bengkel jer, bukan kedai spare part. Lalu dia bertanyakan tentang nombor kedai spare part yang saya tahu.

Sambil saya tercari-cari nombor, sempat dia bertanya macam mana boleh bateri tak der, sedangkan tiada sebarang tanda amaran.

Kebetulan pulak bulan 3 sudah, bateri kereta saya pun dah kong. Tambahan pulak bila kita pakai bateri jenis maintenance free atau bateri kering. Memanglah kita tak tak tengok kondesi bateri tersebut ye dok?

Tapi benda yang saya dapat kenalpasti sebelum ajalnya bateri saya itu ialah bila saya nak pulas kunci untuk start enjin saya memerlukan lebih tenaga untuk memulas baru lah start enjin. Agak lama juga perkara tu berlaku lebih kurang sebulan.

Itu yang pertama.

Menurut Bosch Automotive Aftermarket Malaysia ada 4 lagi tanda bateri kita sudah rosak

credit to:
https://careta.my/article/lima-tanda-bateri-kereta-kita-sudah-rosak-bosch

Yang kedua,

Lampu amaran menyala
Apabila caj bateri menurun ke tahap kritikal kerana tidak mampu menyimpan caj, atau bateri tidak dicaj dengan baik, lampu amaran bateri akan naik di papan pemuka. Tetapi kereta saya lampu amaran bateri tidak menyala. Jangan confuse, sebab berdasarkan pengalaman kami di bengkel. Bila lampu amaran bateri menyala di dashboard, selalunya ada masalah dengan alternator tapi enjin masih berjalan. Enjin berjalan menggunakan kuasa bateri.

Yang Ketiga

Perlu bantu-mula (jump start)
Bila kereta anda perlukan bantu mula sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu, itu adalah tanda besar bahawa ajal sudah hampir sampai ke bateri anda.

Yang Keempat

Kotak bateri membengkak
Jika bateri terdedah kepada suhu yang sangat melampau, ia mungkin boleh membengkak.
Bukan, ia tidak bermaksud anda bakal dapat bateri bayi yang baharu tetapi ia menandakan bateri anda sudah rosak dan akan memendekkan jangka hayatnya.

Yang Kelima
Bau seperti telur busuk

bateri juga boleh menghasilkan bau busuk seperti telur busuk itu.
Apa yang terjadi ialah telah berlaku litar pintas pada bateri anda dan asid sulfurik mungkin sudah bocor dan melepaskan gas busuk itu. Ini sangat merbahaya kerana ia mampu merosakkan komponen lain di dalam kenderaan anda.
 
Selalunya jangka hayat bateri dalam 2 ke 3 tahun.

Share:

Thursday, October 11, 2018

Happy Customer, Happy Us!!

Assalamualaikum,

Sekarang ni minggu terakhir untuk para calon pulun kempen pilihanraya kecil di Port Dickson ni. Minggu ni banyak lagi tambahan bendera yang terpacak. Meriah pulak PD sekarang ni. Harap sesiapa yang menang tu teruskan perjuangan untuk orang-orang PD.

Jangan nanti terus krik krik krik...Jenguk muka pun setahun sekali. Lebih haru 5 tahun sekali...huhuhuuh

Bagi anak-anak perantau PD, baliklah untuk tunaikan tanggungjawab kepada negara..ecewahhhh

Pastikan kereta anda dalam keadaan tip top untuk perjalanan yang jauh. Jenguk-jenguk jugaklah road tax tu hidup lagi tak? Kalau dah nak expired mehlah whatsapp geran atau cover note kita tlg check kan tuk awak...hikhikhik

Whatsapp this number ok

016-2250982
016-2250982
016-2250982

Macam brother ni...Happy road tax dah renew


Share:

Thursday, September 27, 2018

Kerja Polish Light Bar

Assalamualaikum,

Pada asalnya, customer mahukan tukar light bar kepada light bar LED yang baru. Tapi bila di beritahu harga yang hampir mencecah ke RM10K, mungkin tidak dapat kelulusan dari pihak atasan. Jadi kami mencadangkan untuk polish kan balik dan spray dengan clear coat.

Ini Hasilnya
Amacam? Nampak macam baru kan?
Share:

Thursday, September 13, 2018

PUBLIC APPOLOGY

Assalamualaikum,

Masa cuti panjang dari 8 sept ke 11 sept, Admin menerima 3 panggilan telefon yang bertanyakan berkenaan bengkel admin kerana kenderaan mereka mengalami kerosakan.

Malangnya, kami tidak beroperasi pada hari ahad, isnin dan selasa. Dengan itu admin memohon maaf tidak dapat membantu mereka yang dalam kesulitan.

Walaubagaimanapun admin mengucapkan terima kasih kerana menghubungi admin walaupun terasa admin bagi jawapan yang agak mengecewakan.

Maaf kerana tidak dapat membantu.

Sekian.
Share:

Friday, September 7, 2018

Insurans/Takaful mana best?


Bila pelanggan nak hidupkan insurans dengan Wakil ada yang bertanya,

“Insurans mana yang senang claim?”

Sebenarnya, semua insurans senang claim.

Asalkan kita beli insurans secukupnya (bukan undervalue atau third party) dan tuntutan tersebut bukan penipuan (fraud). Memang tuntutan akan cepat dapat. Pihak insurans tak mampu nak lambatkan tuntutan begini sebab setiap hari mereka ada banyak tuntutan nak proses. Kes yang genuine dan tiada keraguan biasanya terus lulus.

Bila kita nak buat tuntutan, bagus juga untuk tahu jenis-jenis tuntutan insurans kenderaan yang ada. Supaya bila berurusan dengan bengkel, kita tak lah terpinga-pinga. Jadi, jom semak apa jenis tuntutan insurans kenderaan yang ada:


1. Tuntutan OD (Own Damage)

Merujuk kepada tuntutan insurans anda sendiri. Mestilah insurans komprehensif dan anda akan kehilangan NCD bila tuntutan dibuat.
Dokumen yang diperlukan:

  • Borang tuntutan
  • Salinan lesen memandu
  • Salinan geran
  • Laporan polis 
 Selepas dokumen lengkap diserahkan, biasanya insurans akan berikan jawapan dalam 7 hari (kecuali tuntutan yang perlukan siasatan lanjut atau kerosakan teruk)

2. Tuntutan KFK (Knock For Knock)

Jika kemalangan salah pihak lain, tetapi insurans anda KOMPREHENSIF. Jadi, insurans anda akan tanggung dahulu kos tanpa tolak NCD.
Insurans anda akan tuntut dari insurans pihak yang bersalah kemudian hari.
Ini kerana tuntutan pihak ketiga biasanya lambat. Tanggungjawab pihak insurans untuk pastikan anda boleh pakai kenderaan secepat mungkin. Sebabkan itu insurans anda akan keluarkan kos dahulu.

3. Tuntutan Pihak Ketiga (Third Party)

Jika kemalangan salah pihak lain, dan anda tiada insurans kenderaan atau insurans third party sahaja. Jadi, kena tuntut insurans pihak yang bersalah.
Biasanya lambat boleh cecah 8 bulan.
Untuk percepatkan kena rajin follow up dengan insurans pihak yang bersalah. Kadang-kadang ada dokumen tertentu tak lengkap menyebabkan insurans lambat proses.
Boleh tuntut Compensation for Actual Repair Time (CART) – atau dikenali juga sebagai Loss of Use. Loss Adjuster akan berikan tafsiran berapa hari yang sebenarnya diperlukan untuk perbaiki kenderaan anda, dan anda boleh tuntut amaun tersebut dari insurans pihak yang bersalah. Kadar standard oleh PIAM seperti berikut:

Cara Tuntut CART atau Loss of Use:

Setelah kereta anda siap dibaiki oleh bengkel panel, maklumkan kepada bengkel anda ingin buat tuntutan Loss of Use. Minta bengkel berikan laporan beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda.

Hantar dokumen dan laporan tersebut ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda untuk diproses. Dapatkan details officer in charge dan follow up dari semasa ke semasa. Lazimnya pihak insurans akan mengambil masa 2 minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan sebelum membuat pembayaran kepada anda.

Secara alternatif, anda juga boleh tuntut kos kereta sewa yang sama jenis dan kapasiti untuk jumlah hari yang ditafsirkan oleh Loss Adjuster. Boleh tuntut salah satu sahaja.

4. Tuntutan Hilang

Biasanya agen insurans yang tolong buatkan claim. Jika anda ambik insurans dengan agen hanya hubungi semula agen. Jika anda beli insurans dari Pejabat Pos, MYEG atau direct dengan pihak insurans, kena hubungi sendiri pihak insurans.
Serahkan borang tuntutan berserta dokumen sokongan.
Anda akan dapat tawaran insurans dalam masa 6 bulan atau apabila siasatan polis selesai, yang mana dahulu.
Share:

Thursday, September 6, 2018

Pindah NCD atau Transfer NCD dari kereta lain

Pindahan syarikat insuran/takaful

Sebenarnya NCD kereta anda boleh dipindahkan daripada satu syarikat ke syarikat yang lain tanpa kurang. Misalnya, pada tahun ini anda mengambil insurans kereta dengan syarikat A dan NCD anda adalah 25%. Sekiranya pada tahun hadapan, anda telah bertukar syarikat insurans/takaful kepada syarikat B, maka NCD anda tadi boleh dipindahkan daripada syarikat A kepada syarikat B.

Pindahan ke kenderaan lain

Satu jenis pindahan lagi ialah pindahan daripada satu kereta kepada kereta yang lain tetapi syaratnya adalah bahawa pemilik kereta adalah sama. Misalnya anda mempunyai kereta kancil (NCD 55%). Selepas itu, anda membeli sebuah lagi kereta BMW baru (NCD 0%). Maka untuk menjimatkan kos insurans/takaful kereta BMW anda itu, anda boleh memindahkan NCD daripada kereta kancil tadi kepada kereta BMW anda. Tapi pastikan insurans kereta kancil sudah tidak di gunakan lagi. Sekiranya tempoh insurans masih aktif, maka insurans tersebut hendaklah di batalkan terlebih dahulu.

Sila Like Page Kilau bakti untuk info-info menarik dan juga promosi terkini
Share:

Wednesday, September 5, 2018

Our ninja in action!


Share:

Tuesday, September 4, 2018

NCD UNTUK MOTOSIKAL



Sebelum ni admin ada sharekan info NCD untuk kereta persendirian. Jadi hari ini, admin akan sharekan pula NCD untuk motosikal

Berikut adalah NCD untuk motosikal:

Tahun pertama 0%
Tahun kedua 15%
Tahun ketiga dan seterusnya 25% (maksima)

Jadi macam mana pulak kalau nak buat claim. Ada ker panel workshop untuk motosikal?

Untuk motosikal tiada panel workshop khas untuk mereka. Sekiranya pemegang polisi ingin membuat tuntutan, pergi hantar motor tersebut kemana-mana bengkel motor dan maklumkan pada pihak insurans atau pada agen (agen tempat anda renew insurans motor tersebut) di mana motor anda berada seterusnya pihak adjustor sendiri akan turun ke bengkel tersebut untuk menilai tahap kerosakan motor terbabit. Ingat!!Jangan suruh bengkel baiki dulu, jika tidak tuntutan anda sukar untuk di luluskan
Share:

Monday, September 3, 2018

Apa itu NCD?




NCD atau NO CLAIM DISCOUNT yang bermaksud diskaun/bonus yang di berikan oleh pihak Insurans/Takaful kepada pemilik polisi kenderaan kerana tiadanya tntutan pada tahun tersebut.
Sekiranya tahun yang berikutnya juga tiada tuntutan, Maka NCD menjadi semakin besar

Kadar NCD adalah seperti berikut:

Tahun Pertama - 0%
Tahun Ke-Dua - 25%
Tahun Ke-Tiga - 30%
Tahun Ke-Empat - 38.33%
Tahun Ke-Lima - 45%
Tahun Ke-Enam dan seterusnya - 55% (maksimum)

Contoh:
Anda mempunyai NCD sebanyak 55%. Pada tahun itu anda membuat tuntutan (berlakunya kemalangan), maka NCD pada tahun hadapan adalah 0%. Manakala tahun berikutnya akan menjadi 25%.
Cuba semak cover note insurans/takaful kenderaan anda, berapa NCD anda.
atau boleh sahaja semak di link ini

https://www.mycarinfo.com.my/NCDCheck/Online


P/S: NCD ini adalah untuk kenderaan persendirian sahaja.
Share:

Tuesday, August 28, 2018

JANGAN KELIRU

Assalamualaikum,

Selalu sangat customer kami keliru dengan lokasi kami. Bengkel kami bukan berada di tepi jalan. Kena masuk lorong sikit, tak jauh pun dari simpang jalan besar. Depan bengkel kami terdapat satu lagi bengkel kereta, jadi customer selalu ter "confuse" dengan bengkel yang berada di depan kami. Untuk makluman bengkel depan dan belakang iaitu kami adalah lain pengurusan. Atau erti kata lain tokey lain2..hahahaha

So jangan confuse lagi tau.

Nah, admin sertakan sekali peta ke hati awk eh? (klik gambar untuk lebih jelas)




Kena masuk jalan ni. Tapi jangan bawak laju2 pulak. Tak jauh pun.

Nanti akan nampak bangunan sebelah kanan. Selamat Datang Ke Kilau Bakti =)
#BengkelkeretaAreaPD
#BengkelAreaPD
Share:

Friday, July 20, 2018

Terima Kasih

Assalamualaikum,

Alhamdullilah untuk kerja-kerja hari ini. Kita sambung esok. Waktu operasi pada hari sabtu, kita bermula pada pukul 8.30 a.m hingga customer tak der...hahahaha


Share:

Tuesday, July 17, 2018

KERJA-KERJA MENGECAT BOX LORRY UNTUK TNB

Assalamualaikum,

Alhamdullilah satu lagi kerja mengecat telah berjaya di laksanakan. Tak nak bebel-bebel panjang, biar gambar berbicara.

Sebelum - Pandang sisi

Sebelum - Pandangan Hadapan

Selepas -Pandangan Hadapan

Selepas - Pandangan sisi kanan

Selepas - Pandangan Sisi kiri
Ada yang berminat untuk menukar wajah kenderaan anda? Jom datang ke bengkel kami di

Kilau Bakti beralamat di Lot 758, Jalan Hj Khalid, Kg Baru Si-Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

dan jangan lupa like FB page kami.



Share: