Bila pelanggan nak hidupkan insurans dengan Wakil ada yang
bertanya,
“Insurans mana yang senang claim?”
Sebenarnya, semua insurans senang claim.
Asalkan kita beli insurans secukupnya (bukan undervalue atau
third party) dan tuntutan tersebut bukan penipuan (fraud). Memang tuntutan akan
cepat dapat. Pihak insurans tak mampu nak lambatkan tuntutan begini sebab
setiap hari mereka ada banyak tuntutan nak proses. Kes yang genuine dan tiada
keraguan biasanya terus lulus.
Bila kita nak buat tuntutan, bagus juga untuk tahu
jenis-jenis tuntutan insurans kenderaan yang ada. Supaya bila berurusan dengan
bengkel, kita tak lah terpinga-pinga. Jadi, jom semak apa jenis tuntutan
insurans kenderaan yang ada:
1. Tuntutan OD (Own Damage)
Merujuk kepada tuntutan insurans anda sendiri. Mestilah
insurans komprehensif dan anda akan kehilangan NCD bila tuntutan dibuat.
Dokumen yang diperlukan:
- Borang tuntutan
- Salinan lesen memandu
- Salinan geran
- Laporan polis
2. Tuntutan KFK (Knock For Knock)
Jika kemalangan salah pihak lain, tetapi insurans anda
KOMPREHENSIF. Jadi, insurans anda akan tanggung dahulu kos tanpa tolak NCD.
Insurans anda akan tuntut dari insurans pihak yang bersalah
kemudian hari.
Ini kerana tuntutan pihak ketiga biasanya lambat.
Tanggungjawab pihak insurans untuk pastikan anda boleh pakai kenderaan secepat
mungkin. Sebabkan itu insurans anda akan keluarkan kos dahulu.
3. Tuntutan Pihak Ketiga (Third Party)
Jika kemalangan salah pihak lain, dan anda tiada insurans
kenderaan atau insurans third party sahaja. Jadi, kena tuntut insurans pihak
yang bersalah.
Biasanya lambat boleh cecah 8 bulan.
Untuk percepatkan kena rajin follow up dengan insurans pihak
yang bersalah. Kadang-kadang ada dokumen tertentu tak lengkap menyebabkan
insurans lambat proses.
Boleh tuntut Compensation for Actual Repair Time (CART) –
atau dikenali juga sebagai Loss of Use. Loss Adjuster akan berikan tafsiran
berapa hari yang sebenarnya diperlukan untuk perbaiki kenderaan anda, dan anda
boleh tuntut amaun tersebut dari insurans pihak yang bersalah. Kadar standard
oleh PIAM seperti berikut:
Cara Tuntut CART atau Loss of Use:
Setelah kereta anda siap dibaiki oleh bengkel panel,
maklumkan kepada bengkel anda ingin buat tuntutan Loss of Use. Minta bengkel
berikan laporan beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan
anda.
Hantar dokumen dan laporan tersebut ke syarikat insurans
kenderaan yang melanggar kenderaan anda untuk diproses. Dapatkan details
officer in charge dan follow up dari semasa ke semasa. Lazimnya pihak insurans akan
mengambil masa 2 minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan sebelum membuat
pembayaran kepada anda.
Secara alternatif, anda juga boleh tuntut kos kereta sewa
yang sama jenis dan kapasiti untuk jumlah hari yang ditafsirkan oleh Loss
Adjuster. Boleh tuntut salah satu sahaja.
4. Tuntutan Hilang
Biasanya agen insurans yang tolong buatkan claim. Jika anda
ambik insurans dengan agen hanya hubungi semula agen. Jika anda beli insurans
dari Pejabat Pos, MYEG atau direct dengan pihak insurans, kena hubungi sendiri
pihak insurans.
Serahkan borang tuntutan berserta dokumen sokongan.
Anda akan dapat tawaran insurans dalam masa 6 bulan atau
apabila siasatan polis selesai, yang mana dahulu.
0 comments:
Post a Comment