BETTER IS ORDINARY, EXCELLENT IS OUR AIM

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat: 8.30am-5.00pm ; Sabtu: 8.30 am-1.00pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup

Interested??Please click..Thanks =)

Tuesday, November 22, 2016

PEMASANGAN SIGNBOARD BARU KILAU BAKTI ENTERPRISE

Alhamdullilah..selesai sudah pemasangan signboard baru kami. Semoga dengan pemasangan signboard baru ini memudahkan orang ramai datang ke bengkel kami dan juga menyedari akan kewujudan bengkel kami.



Share:

Thursday, November 17, 2016

KERJA-KERJA FABRIKASI EKZOS UNTUK BAS ISUZU AKADEMI PEMBANGUNAN MALAYSIA

Alhamdullilah,
Kerja fabrikasi pemasangan ekzos paip yang patah telah selesai. Ini kerja terakhir untuk tahun ini di sebabkan peruntukan telah di tutup. Semoga kita terus bekerjasama lagi untuk tahun hadapan. Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Port Dickson telah menggunakan khidmat kami sejak tahun 2009 lagi. Terima Kasih kerana mempercayai perkhidmatan kami selama ini.















Share:

Friday, November 4, 2016

Perlindungan Insurans Untuk kenderaan Lama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sapa ada masalah nak renew road tax, tapi kereta atau motor dah umur 30 tahun keatas???Banyak company insurance/takaful xdapekkk doooo den nak nolongggg??Sebab kereta lama motor lama ni risikonya tinggi bab kata kakak agen...Tuan/Puan sereklah kaki nak ke Pejabat Pos tengok no giliran empatpuluhenamlimajuta...adoiiiii takan nak ponteng kerja kot...semalam baru ponteng hantar awek jari luka kena gigit kucing...takper...takperrrr...abg tak sado tapi abg boleh tolong..Hantar jer cover note insurans sebelum ni..apooo tak do??haiii lahhh...hantar jo salinan geran..apo eyy lagi..tak do gak??haaaaa jangan nak membongak bank simpan umo dah 30 tahun..takan loan lagi..ape curi???sorry xlayan...heheheh hantar antara 2 benda tu kat kami di nombor whatsaap 016-225 0982 atau 018-238 5100 untuk dapatkan quotation (harga nak kena bayau)  atau ade apa masalah pasal insurans boleh contact kami di talian yang sama...InsyaAllah kami bukan along kami cuma nak tolong.


Share:

Thursday, November 3, 2016

PENYAMBUNGAN KONTRAK TNB

Alhamdullilah...Alhamdullilah...Alhamdullilah..Syukur Ke hadrat Allah atas rezeki ini. Kami memulakan kerjasama bersama TNB sebagai Panel Woksyop bermula pada hujung tahun 2009 dan pada tahun ini genap tahun ketujuh kami menjalinkan perniagaan bersama TNB.

Terima Kasih pihak Tenaga Nasional Berhad memberikan kepercayaan sekali lagi kepada kami untuk menjadi Panel worksyop untuk 2 tahun lagi. Peluang ini kami akan guna sebaik mungkin dan menambah baik lagi perkhidmatan yang sedia ada untuk kepuasaan pelanggan-pelanggan kami. Bukan sahaja TNB tetapi pelanggan lain sedia ada dan yang mendatang. Maaf sekiranya andai ada ketidakpuasan perkhidmatan yang di beri dan kami akan memperbaiki mutu perkhidmatan kami dari hari ke hari. Hanya yang terbaik sahaja diberi.

Terima Kasih.









Share:

Wednesday, August 3, 2016

KERJA-KERJA MENGECAT LORI 5 TAN

Assalamualaikum,

Kami juga menyediakan perkhidmatan mengecat lori. Jika anda berminat boleh hadir ke bengkel kami untuk rundingan harga. Kami menawarkan harga yang berpatutan, mengikut bajet anda dan hasil yang amat memuaskan.

Kedatangan anda amat kami alu alukan.



Share:

NEO LUBRICANT OIL DAN LANJUTAN PROMOSI RAYA

Assalamualaikum,

Sukacitanya, kami maklumkan promosi raya yang kami tawarkan sebelum ini di lanjutkan sehingga stok habis gitewwww...Yerlah raya dah habis ni, duit pun makin suruttkan..jadi tunggu apa lagi..datang ke bengkel kami untuk membuat servis dengan TIADA BAYARAN UPAH DIKENAKAN!  

Tapi dengan syarat jangan guna duit raya anak...hehehe

 

Share:

Friday, June 10, 2016

PENGUMUMAN PENGUMUMAN! NAK BAGI UPAH SERVIS PERCUMA UNTUK KERETA ANDA!

Assalamualaikum,

Sempena syawal yang bakal menjelma, kami membuat promosi BALIK KAMPUNG RAYA...dimana kami menawarkan harga servis yang murah + upah adalah PERCUMA...saya ulang balik UPAH SERVIS PERCUMA..dengan Harga serendah RM 59 sahaja untuk servis kereta anda.

Sekiranya Anda ambil Performance package...oil filter dan Upah adalah PERCUMA...memang berbaloi baloi...jadi apa lagi...sila hubungi kami sekarang untuk temujanji...


Share:

Friday, May 6, 2016

PERBAHARUI CUKAI JALAN ATAU TAKAFUL DENGAN KAMI!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami merupakan agent takaful general yang sah untuk etiqa dan juga takaful ikhlas. Kami boleh perbaharui cukai jalan kenderaan dan juga motosikal.

Sila whatsapp kami cover note kenderaan anda di talian 016-2250982 / 018-2385100 untuk mendapatkan sebutharga. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Perbezaan Takaful dan Insuran

Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:

1. Hukum

Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.

1. Kontrak asas yang digunapakai

Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)

1. Kontrak-kontrak lain

Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)

1. Tanggung jawab pemegang polisi

Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.

1. Saluran pelaburan

Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).

Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

1. Perjalanan operasi

1. Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.

2. Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

3. Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.

4. Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.

1. Aspek perundangan

Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).

Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.

credit to: http://takaful--2u.blogspot.my/p/perbezaan-antara-takaful-dan-insurans.html

Share:

Thursday, February 25, 2016

PEMULIHARAAN SEMULA KOREAN JEAP UNTUK PAMERAN DI MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

GAMBAR SEBELUM KERJA-KERJA PEMULIHARAAN 




GAMBAR SELEPAS KERJA-KERJA PEMULIHARAAN DI LAKSANAKAN









Share:

Friday, February 19, 2016

BETTER LATE THAN NEVER


Kami warga kerja Kilau Bakti ingin mengucapkan selamat tahun baru 2016 kepada semua pelanggan-pelanggan kami. Semoga tahun ini membawa anda ke satu fasa yang lebih baik dan sentiasa hidup dalam kecerian.
Share: