BETTER IS ORDINARY, EXCELLENT IS OUR AIM

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat: 8.30am-5.00pm ; Sabtu: 8.30 am-1.00pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup

Interested??Please click..Thanks =)

Thursday, December 14, 2017

Pemasangan cermin hadapan Mitsubishi Triton

Assalamualaikum,

Cermin hadapan mitsubishi triton ni tiba-tiba retak. Berdasarkan keadaan retak tu tidak seperti retak yang di akibatkan terkena batu atau bendasing yang lain.

Bila di buka cermin tersebut, melalui penelitian kami di dapati pemasangan cermin hadapan sebelum ini di lakukan tidak sempurna. Bila di kaji sejarah kereta ini, di fahamkan kereta ini pernah terlibat dengan kemalangan. Oleh itu, pastikan anda menghantar kenderaan anda ke tempat yang betul yang di jamin hasil kerja nya untuk mengelakkan perkara yang sama berulang. Takanlah anda nak menangung rugi 2 3 kali bukan?

   
Proses menanggalkan cermin bermula  






Cermin sudah di tanggalkan





Tanggalkan gam yang lama

Kerja sebelum ni yang tidak kemas dan sempurna
Siap!    
Share:

Wednesday, October 11, 2017

Perlu ker Second Driver dalam Cover Note

Assalamualaikum,

Baru-baru ni ada seorang customer telah terlibat dengan kemalangan. Kejadian adalah berpunca dari pihak satu lagi. Jadi En. Customer ni telah membuat pembaikan kenderaan beliau dengan menggunakan insurans pihak satu lagi.

Di sini terjadinya konflik apabila beliau ingin mengambil kenderaan tersebut. Dia tetap kena bayar sebanyak RM400 sebab apa?

Sebabnya semasa kejadian bukan beliau yang pandu kenderaan tetapi anaknya. Bila lihat semula pada cover note tidak di letakkan anak beliau sebagai pemandu kedua. Ini di namakan sebagai ENDORSEMENT 2F

Apa itu Endorsement 2F? 

Pemilik kenderaan di kenakan  excess wajib sebanyak RM 400 ketika melakukan claim dibawah endorsement 2F iaitu membenarkan kenderaan anda dipandu oleh pemandu seperti kriteria dibawah:

1. Pemandu di bawah umur 21 Tahun
2. Pemandu yang memegang Lesen L
3. Pemandu yang mempunyai Lesen memandu kurang dari 2 tahun
4. NAMA YANG TIDAK TERDAPAT DALAM COVER NOTE (Pemandu kedua/ Second Driver)
5. ATAU Nama masih di daftarkan as Second Driver tetapi memenuhi kriteria no 1, 2 dan 3 diatas.

Jadi, sekiranya kereta anda di gunakan oleh orang lain selain anda. Pastikan anda mendaftar orang tersebut as Second Driver.

Harga untuk second driver semasa anda renew insurance? FREE dan PERCUMA sahaja. Kenapa perlu bayar RM 400?

Perlu perbaharui Insurans anda? Whatsapp kan kami geran atau cover note terdahulu di no ini
016-225 0982
016-225 0982 atau
018-238 5100
018-238 5100

Share:

Monday, September 11, 2017

PROJEK MENGECAT MITSUBISHI CANTER

Assalamualaikum,

Alhamdullilah, akhirnya selesai sudah kerja-kerja baik pulih badan kenderaan dan mengecat lori mitsubishi canter mengikut design yang telah di beri oleh TNB. Agak dramatik juga untuk menyelesaikan kerja-kerja mengecat ni. Mula-mula lori tu sampai kami agak terkejut kerana body kenderaan tersebut yang agak uzur dan berkarat. Alhamdullilah, kami mempunyai team yang amat berkemahiran yang di ketuai oleh En Saiful Rashidi selaku ketua "bodywork" yang mempunyai lebih 20 tahun dalam bidang mengecat dan juga baik pulih kenderaan.

Setelah kerja-kerja membuang segala kotoran, menyimen, mengetuk dan mengosok, proses seterusnya untuk mengecat tiba-tiba kami dapat notis dari TNB bekalan elektrik akan tiada selama dua hari untuk kerja-kerja menaik taraf sistem mereka di sekitar kawasan kami. Kerja-kerja terpakasa di tunda seketika.

Setelah bekalan elektrik pulih, Datang lagi dugaan untuk kami. Keadaan cuaca yang mendung dan hujan tidak mengizinkan untuk kami melakukan proses cat kerana akan menggangu kualiti cat itu sendiri sekiranya di teruskan.

Dalam masa 3 hari alhamdullilah, keadaan cuaca amat baik dan kerja-kerja mengecat di teruskan. Masalah lain pula timbul. Kerja-kerja perlu di lakukan secepat yang mungkin kerana mengejar dateline PUSPAKOM di mana akhirnya kami tidak sempat untuk buat pemeriksaan PUSPAKOM seperti yang dijadualkan.

Pada hari pemeriksaan, Person In charge kami, terus ke JPJ senawang untuk memohon penundaan tarikh pemeriksaan PUSPAKOM. kerja ini pertama kali kami lakukan dan pekerja kaunter JPJ di situ memaklumkan untuk proses penundaan pemeriksann PUSPAKOM perlu ada beberapa dokumen yang perlu di sertakan antaranya:
  1. Borang tunda pemeriksaan PUSPAKOM (boleh dapatkan di kaunter orang yang bagi nombor, maklumkan sahaja mahu borang untuk tunda pemeriksaan PUSPAKOM). Lengkapkan borang tersebut. Owner untuk kenderaan itu perlu tandatangan sendiri. Macam kes kami, Lori itu hak milik TNB, jadi kami terpaksa meminta tandatangan dan juga cop dari supervisor kenderaan itu. Nasib supervisor berada di sekitar kawasan itu sahaja.
  2. Disc PUSPAKOM
  3. ROAD TAX
  4. GERAN
Untuk perkara nombor dua dan tiga, PIC kami tak bawa pulak. Maklumlah first time. Memandu balik semula untuk mendapatkan disc dan juga road tax. Dengan keadaan JPJ yang sesak memakan masa 1 hari juga untuk selesaikan perkara ni. Alhamdullilah dapat pekerja kaunter yang amat baik hati. Beliau kata, sekiranya sudah ada dokumen tu terus sahaja ke kaunternya tidak perlu ambil nombor lagi. Semoga Allah murah rezeki Puan Kaunter tersebut. Amin.

Pada sebelah petang setelah kembali membawa segala dokumen yang di perlukan. Alhamdulilah settle masalah berkenaan pemeriksaan PUSPAKOM. Sementara sudah berada di JPJ teruskan sahaja buat permit perjalanan untuk pemeriksaan PUSPAKOM. Sebab lori dah tiada road tax. Ini untuk mengelakkan kena saman seandainya ada road block pula.

Hope sesiapa ada masalah ini, boleh gunakan panduan ini untuk memudahkan urusan anda.













Share:

Tuesday, August 15, 2017

Wednesday, May 24, 2017

PEMBAIKAN BREK KIA PREGIO

Pelanggan mengadu brek tidak makan dan juga berbunyi.

Hasil pemeriksaan foreman kami mendapati brek pad sudah haus dan brek disc bengkok.

brek pad yang sudah haus

Brek Pad yang baru


Brake disc yang telah di skim

Share:

Thursday, May 18, 2017

JOM PERBAHARUI INSURANS KENDERAAN ANDA DENGAN KAMI!



Apa yang best bila perbaharui insurans dan road tax dengan kami?

✅ Servis yang mudah dan cepat. 
✅ Anda dapat bandingkan harga sesuai dengan budget anda
✅ Tiada service charge di kenakan sekirannya anda ambil perlindungan comprehensive/ 1st Party
✅ Menyediakan perlindungan untuk kenderaaan lama walaupun umur kenderaan anda dah 35 tahun.
✅ Ada menyediakan perlindungan mengikut syariat Islam
✅ Cenderahati di berikan pada yang mengambil perlindungan Personal Accident.

Whatsapp kan cover note atau geran anda di talian 016-225 0982 atau 018-238 5100 untuk sebarang pertanyaan.


Share: