BETTER IS ORDINARY, EXCELLENT IS OUR AIM

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat: 8.30am-5.00pm ; Sabtu: 8.30 am-1.00pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup

Interested??Please click..Thanks =)

Friday, October 12, 2018

Tanda Bateri kereta dah nak kong!


Assalamualakum,

Baru-baru ni, saya ada menerima panggilan telefon bertanyakan berkenaan bateri. Orang luar yang tanya samada kami ni ada jual bateri . Dah tentu lah tak. Sebab kami bengkel jer, bukan kedai spare part. Lalu dia bertanyakan tentang nombor kedai spare part yang saya tahu.

Sambil saya tercari-cari nombor, sempat dia bertanya macam mana boleh bateri tak der, sedangkan tiada sebarang tanda amaran.

Kebetulan pulak bulan 3 sudah, bateri kereta saya pun dah kong. Tambahan pulak bila kita pakai bateri jenis maintenance free atau bateri kering. Memanglah kita tak tak tengok kondesi bateri tersebut ye dok?

Tapi benda yang saya dapat kenalpasti sebelum ajalnya bateri saya itu ialah bila saya nak pulas kunci untuk start enjin saya memerlukan lebih tenaga untuk memulas baru lah start enjin. Agak lama juga perkara tu berlaku lebih kurang sebulan.

Itu yang pertama.

Menurut Bosch Automotive Aftermarket Malaysia ada 4 lagi tanda bateri kita sudah rosak

credit to:
https://careta.my/article/lima-tanda-bateri-kereta-kita-sudah-rosak-bosch

Yang kedua,

Lampu amaran menyala
Apabila caj bateri menurun ke tahap kritikal kerana tidak mampu menyimpan caj, atau bateri tidak dicaj dengan baik, lampu amaran bateri akan naik di papan pemuka. Tetapi kereta saya lampu amaran bateri tidak menyala. Jangan confuse, sebab berdasarkan pengalaman kami di bengkel. Bila lampu amaran bateri menyala di dashboard, selalunya ada masalah dengan alternator tapi enjin masih berjalan. Enjin berjalan menggunakan kuasa bateri.

Yang Ketiga

Perlu bantu-mula (jump start)
Bila kereta anda perlukan bantu mula sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu, itu adalah tanda besar bahawa ajal sudah hampir sampai ke bateri anda.

Yang Keempat

Kotak bateri membengkak
Jika bateri terdedah kepada suhu yang sangat melampau, ia mungkin boleh membengkak.
Bukan, ia tidak bermaksud anda bakal dapat bateri bayi yang baharu tetapi ia menandakan bateri anda sudah rosak dan akan memendekkan jangka hayatnya.

Yang Kelima
Bau seperti telur busuk

bateri juga boleh menghasilkan bau busuk seperti telur busuk itu.
Apa yang terjadi ialah telah berlaku litar pintas pada bateri anda dan asid sulfurik mungkin sudah bocor dan melepaskan gas busuk itu. Ini sangat merbahaya kerana ia mampu merosakkan komponen lain di dalam kenderaan anda.
 
Selalunya jangka hayat bateri dalam 2 ke 3 tahun.

Share:

0 comments: