BETTER IS ORDINARY, EXCELLENT IS OUR AIM

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat: 8.30am-5.00pm ; Sabtu: 8.30 am-1.00pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup

Interested??Please click..Thanks =)

Wednesday, October 11, 2017

Perlu ker Second Driver dalam Cover Note

Assalamualaikum,

Baru-baru ni ada seorang customer telah terlibat dengan kemalangan. Kejadian adalah berpunca dari pihak satu lagi. Jadi En. Customer ni telah membuat pembaikan kenderaan beliau dengan menggunakan insurans pihak satu lagi.

Di sini terjadinya konflik apabila beliau ingin mengambil kenderaan tersebut. Dia tetap kena bayar sebanyak RM400 sebab apa?

Sebabnya semasa kejadian bukan beliau yang pandu kenderaan tetapi anaknya. Bila lihat semula pada cover note tidak di letakkan anak beliau sebagai pemandu kedua. Ini di namakan sebagai ENDORSEMENT 2F

Apa itu Endorsement 2F? 

Pemilik kenderaan di kenakan  excess wajib sebanyak RM 400 ketika melakukan claim dibawah endorsement 2F iaitu membenarkan kenderaan anda dipandu oleh pemandu seperti kriteria dibawah:

1. Pemandu di bawah umur 21 Tahun
2. Pemandu yang memegang Lesen L
3. Pemandu yang mempunyai Lesen memandu kurang dari 2 tahun
4. NAMA YANG TIDAK TERDAPAT DALAM COVER NOTE (Pemandu kedua/ Second Driver)
5. ATAU Nama masih di daftarkan as Second Driver tetapi memenuhi kriteria no 1, 2 dan 3 diatas.

Jadi, sekiranya kereta anda di gunakan oleh orang lain selain anda. Pastikan anda mendaftar orang tersebut as Second Driver.

Harga untuk second driver semasa anda renew insurance? FREE dan PERCUMA sahaja. Kenapa perlu bayar RM 400?

Perlu perbaharui Insurans anda? Whatsapp kan kami geran atau cover note terdahulu di no ini
016-225 0982
016-225 0982 atau
018-238 5100
018-238 5100

Share:

0 comments: