BETTER IS ORDINARY, EXCELLENT IS OUR AIM

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat: 8.30am-5.00pm ; Sabtu: 8.30 am-1.00pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup

Interested??Please click..Thanks =)

Monday, September 11, 2017

PROJEK MENGECAT MITSUBISHI CANTER

Assalamualaikum,

Alhamdullilah, akhirnya selesai sudah kerja-kerja baik pulih badan kenderaan dan mengecat lori mitsubishi canter mengikut design yang telah di beri oleh TNB. Agak dramatik juga untuk menyelesaikan kerja-kerja mengecat ni. Mula-mula lori tu sampai kami agak terkejut kerana body kenderaan tersebut yang agak uzur dan berkarat. Alhamdullilah, kami mempunyai team yang amat berkemahiran yang di ketuai oleh En Saiful Rashidi selaku ketua "bodywork" yang mempunyai lebih 20 tahun dalam bidang mengecat dan juga baik pulih kenderaan.

Setelah kerja-kerja membuang segala kotoran, menyimen, mengetuk dan mengosok, proses seterusnya untuk mengecat tiba-tiba kami dapat notis dari TNB bekalan elektrik akan tiada selama dua hari untuk kerja-kerja menaik taraf sistem mereka di sekitar kawasan kami. Kerja-kerja terpakasa di tunda seketika.

Setelah bekalan elektrik pulih, Datang lagi dugaan untuk kami. Keadaan cuaca yang mendung dan hujan tidak mengizinkan untuk kami melakukan proses cat kerana akan menggangu kualiti cat itu sendiri sekiranya di teruskan.

Dalam masa 3 hari alhamdullilah, keadaan cuaca amat baik dan kerja-kerja mengecat di teruskan. Masalah lain pula timbul. Kerja-kerja perlu di lakukan secepat yang mungkin kerana mengejar dateline PUSPAKOM di mana akhirnya kami tidak sempat untuk buat pemeriksaan PUSPAKOM seperti yang dijadualkan.

Pada hari pemeriksaan, Person In charge kami, terus ke JPJ senawang untuk memohon penundaan tarikh pemeriksaan PUSPAKOM. kerja ini pertama kali kami lakukan dan pekerja kaunter JPJ di situ memaklumkan untuk proses penundaan pemeriksann PUSPAKOM perlu ada beberapa dokumen yang perlu di sertakan antaranya:
  1. Borang tunda pemeriksaan PUSPAKOM (boleh dapatkan di kaunter orang yang bagi nombor, maklumkan sahaja mahu borang untuk tunda pemeriksaan PUSPAKOM). Lengkapkan borang tersebut. Owner untuk kenderaan itu perlu tandatangan sendiri. Macam kes kami, Lori itu hak milik TNB, jadi kami terpaksa meminta tandatangan dan juga cop dari supervisor kenderaan itu. Nasib supervisor berada di sekitar kawasan itu sahaja.
  2. Disc PUSPAKOM
  3. ROAD TAX
  4. GERAN
Untuk perkara nombor dua dan tiga, PIC kami tak bawa pulak. Maklumlah first time. Memandu balik semula untuk mendapatkan disc dan juga road tax. Dengan keadaan JPJ yang sesak memakan masa 1 hari juga untuk selesaikan perkara ni. Alhamdullilah dapat pekerja kaunter yang amat baik hati. Beliau kata, sekiranya sudah ada dokumen tu terus sahaja ke kaunternya tidak perlu ambil nombor lagi. Semoga Allah murah rezeki Puan Kaunter tersebut. Amin.

Pada sebelah petang setelah kembali membawa segala dokumen yang di perlukan. Alhamdulilah settle masalah berkenaan pemeriksaan PUSPAKOM. Sementara sudah berada di JPJ teruskan sahaja buat permit perjalanan untuk pemeriksaan PUSPAKOM. Sebab lori dah tiada road tax. Ini untuk mengelakkan kena saman seandainya ada road block pula.

Hope sesiapa ada masalah ini, boleh gunakan panduan ini untuk memudahkan urusan anda.













Share:

0 comments: