Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kami merupakan agent takaful general yang sah untuk etiqa dan juga takaful ikhlas. Kami boleh perbaharui cukai jalan kenderaan dan juga motosikal.
Sila whatsapp kami cover note kenderaan anda di talian 016-2250982 / 018-2385100 untuk mendapatkan sebutharga.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbezaan Takaful dan Insuran
Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan
dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara
keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat
dilihat daripada beberapa sudut berikut:
1. Hukum
Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya
sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans
mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans
dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.
1. Kontrak asas yang digunapakai
Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak
pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful
menggunakan kontrak derma (Tabarru’)
1. Kontrak-kontrak lain
Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain
kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah
(agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)
1. Tanggung jawab pemegang polisi
Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara
semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada
penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan
peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara
penginsurans dan pemegang polisi.
1. Saluran pelaburan
Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen
pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas
syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah.
Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan
oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).
Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis
instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah
pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.
1. Perjalanan operasi
1. Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang
bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk
pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang
berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah.
Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali
Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini
hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun
perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.
2. Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model
perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan
model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model
Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia
Berhad.
3. Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali
Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan
dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai
unsur ini.
4. Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.
1. Aspek perundangan
Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat
insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).
Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans.
Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia
bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi
seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai
Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di
Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan
Syariat Islam yang syumul.
credit to: http://takaful--2u.blogspot.my/p/perbezaan-antara-takaful-dan-insurans.html
Friday, May 6, 2016
Home »
» PERBAHARUI CUKAI JALAN ATAU TAKAFUL DENGAN KAMI!
0 comments:
Post a Comment